Gray Blue Pink love



//Kyra Story\\
Jodoh ?
Selamat pagi semua , hari neh aku punye mood tetiba je nak kongsi cerita pasal jodoh ?
dari blog yang aku bace :D

SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...


Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".


~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~


Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.

Hebat aturanNya..=')

Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita. =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? =) [2:216]


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..


"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.." =)

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)


sharing is caring :)

Written by The Owner at Saturday, August 17, 2013, 6:57 PM ϟ 0 Shout
Takpelah ?
Assalammualaikum, ehem ehem 

Aku nak ambik kesempatan nak ucapkan, 
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin 
andai ade salah dan silap harap sudi maafkan :D



Written by The Owner at Friday, August 16, 2013, 10:10 AM ϟ 0 Shout
Pengalaman
Assalammualaikum , reader semua ,Minta maaf atas kelewatan untuk menaip entry baru. Setelah sekian lama mendiamkan diri dengan masalah sendiri , akhirnya aku memilih untuk berkongsi.

Alhamdulillah,Tanpa aku sedari aku dah pon masuk 20 tahun , "saya dah besar" haha
kadang-kadang terfikir dah besar semua kene fikir sendiri duit makan semuanya kene sendiri, bila dah praktikal neh baru rase macam mana duit tu keluar perghhh macam air paip tp paip still boleh tutup lagi , duit aku neh macam ta boleh nak menyimpan langsung. Haih, sigh for every money yang keluar dari poket aku .

Okay pasal result aku nak kate bangge tu tak jugak laa , 
tp setakat neh okay la walaupun ade repeat 1 subject killer , hmmm macam kene belajar bunnuh orang jee, 
haha apa-apa jela so sekarang aku dah pon masuk semester 5 dan tengah praktikal di sebuah company besar malaysia , Smart Glove Corporation Sdn Bhd,
dalam department Lean Six Sigma & Industrial Engineer, bangge mak jemah orang kate ?
sorry ta bangge sedih pedih parah hari-hari aku , jadi mangsa kepada pembuli ,
Okay nak tension lebih-lebih mampuih laa kerja den ta jalan ,
so teruskan hidup dengan menjadi seorang yang penyabar , 
"baiknya aku ?" 
Sedar ta sedar dah 2 month aku praktikal sineh rase penat ta cukup tidur itu memangwajib ada dalam istilah bekerja , 

Percintaan ? "jeng,jeng,jeng !"
Kitorang dalam proses untuk menyesuaikan diri lagi so no comment ,
walaupun orang kate "dah lama kot kau ngan dia"
so what lama biarlah kali neh aku nak jawab "jodoh tu Allah yang tentukan aku hanya mampu berusaha yang laen berserah kepadaNya"

Sebenarnya aku rase takut nak masuk sem 6 , tentunya lebih mencabar,
dengan project lagi , haih group untuk project lagi , ya Allah tlong laa permudahkan semuanya.
Amin :D

Written by The Owner at Tuesday, August 6, 2013, 12:57 AM ϟ 0 Shout
12/01/2012

Assalammualaikum ,
First of all, nak mintak maaf sebab lambat sangat nak update post baru . Macam-macam jadi so terlambat lah aku nak cerite kajadian yang ta diingini tu ,haha .
Okay macam yang korang dah tahu, yang aku neyy ta cukup jam kredit nak pergi LI ,dalam perjalanan nak pergi beli tiket bas nak balek politeknik for the first time in this semester , I have an accident . Macam orang kate lah kan “malang tidak berbau” so dapat lah penangan bengkak jee banyak . Tapi dengan semangat yang kuat esokkan harinya aku balek jugak sendirian naik bass , “wahhh, hebatkan semalam accident hari neh selambe naek bas” , tidak dinafikan lagi memang sakit yang teramat rase macam dah kehilangan kaki , can you imagine ? how I feel ? so terrible . Tapi cerite busuk sudah dah sebulan dah pon accident 11/disember/2012 .
Okay memang penat lah teramat susun jadual semester neyy , aku rase macam fed up jee , nasib baik lah aku buah hati yang teman aku dari lah aku turun bas kat seremban tu sampai lah aku habis susun jadual . Tapi bosan bile orang tanye “Asal kau ta pegi LI ?” aku hanya mampu jawab “ta de rezeki kot nak pegi semester neyy , insyallah sem depan” haha jawapan aku . Subjek semester neyy pulak ta boleh nak ambik subjek semester 5 budak DTP sebab diorang baru pegi LI so aku kena lah masukkan subjek semester 6 entrepreneurship , engineering laboratory 2 ,  bahase English 2 , subjek drop semester 2 engineering mechanics , thermodynamics , engineering mathematics 2 last kali subjek failed semester lepas fluid mechanics .
Memang teramatlah susah budak yang extend LI neh , susun jadual lagi yang paling kesian sebab ta cukup 1hour bayangkan 41/42 ? hmm , yeah teruk aku tahuu , yang penting semangat kene kuat usaha tu jangan pernah tinggal gerenti semuanya akan berjalan ngan lancar :D
Masuk semester 4 neyy malu giler bile orang kate semester 4 ? Asal ta pegi LI ouh ? sigh -,- nothing for me to explain it again and again so I just smile J
Feel macam mane rasenye ? eh memang best lah kan aku boleh happy without anything that can make my life at class suffer haha ,alah budak-budak kelas yang aku masuk memang enjoy lah , aku gerenti aku ta kan sedih-sedih lagi semester neyy . So usaha jela yang tinggal . Opss lupe pulak usaha pon ta guna kalau kite tinggal solat dan memohon pertunjuk dari-Nye semoga segala-galanya akan lebih diberkati Amin .

Written by The Owner at Monday, February 4, 2013, 7:32 PM ϟ 0 Shout
Merinduinya
Assalammualaikum,
setelah sekian lama bersamanya hampir 5 bulan sarat dengan kenangan ,
akhirnya kami menyepi dan tanpa cerita darinya atau aku ,
hidup aku mula bergelomang dengan kesepian kerinduan yang teramat ,
ya Allah kalau peluang sekali kau berikan kepada aku ,
aku akan manfaatkan sehari tu dengan kasih sayang aku kepadanya ,
aku terlalu merinduinya .
tiada sorang pon boleh ganti tempat dia dalam hidup aku .


Eish aku cakap macam dah setahun ta jumpe padahal baru nak sebulan lebih kitorang ta jumpe , hihi
Susah kan kalau long distance neyy , yela  walaupon ta berape nak jauh .
 yela klang ngan seremban jauh nya baru 2jam perjalanan .
kalau naik bas pon ke seremban baru RM8.50 ,hehe
aku ngn die pon dulu selalu sngt jumpa mybe tu yang memberikan impak yang mendalam .
yela sape ta rindu orang yang selama neyy , text sayang-sayang ngan kite before sleep pon nak say "good night syng , i love u " hihi
kalau bukan die sape lagi , teringat pulak aku bile die cakap "kalau rindu die engat ,die sentiasa ada dalam hati aku"
wahhh sweetnye ☻ 
nampaknya lama lagilah kitorang nak jumpa ,lagipon sekarang neyy dia jauh kat balek pulau tuu ,
yang aku tersadai sini .
lagipon lepas die balek bercuti ngan family die nak kerja , nak cari duet sikit ,
then lepas tu die praktikal .
bilenya nak jumpe ?
dalam hal neh aku kene banyak berkorban sebab , "aku hanya nak dia dalam hidup aku" insyaAllah, amin .

p/s : abang sayang nak abg tahu sayang sayangkan abang . dan sayang takan pernah tinggalkan abang sebab cinta sayang hanya untuk abang sorang .   i love you the one and only 

Written by The Owner at Saturday, December 1, 2012, 3:29 AM ϟ 0 Shout
kongsi Tips
Assalammualaikum ,
okay setelah bertungkus lumus menyiapkan blog aku yang dulunya usang , besawang dan macam-macam lagi  , suka ka dok wajah baru blog aku yang kini makin ceria . dan kini banyak lagi info-info menarik dan baru akan ku masukkan .

Tujuan aku tulis blog ney , macam korang tahu lah aku ney nak membebel lagi la , hehe
nak kongsi pasal entry yang di tulis oleh Abang Aizul Marcello .
okay entry pasal Tips2 macam mana nak dapat dekan , of cause lah sesetengah orang ta tahu "eh , dekan tu sape ? mesti pakcik jiran sebelah rumah die neh ? "
okay untuk sesiapa yang ta tahu dekan tu apa , neh nak story dengan lebih mendalam dekan tu untuk setiap orang lepasan SPM atau STPM yang dah bermula ke alam DIPLOMA .
yang setiap semester berakhir dengan final paper . setiap pointer 3.5 ke atas akan dapat AKJ @ dekan .
Macam yang korang sume tahu aku neyy still student politeknik yang baru semester 3 yang masih berangan-angan mengejar AKJ "anugerah ketua jabatan" haha , walaupape pon usaha tu kene kuat ta boleh putus asa so enjoy reading Abang Aizul Marcello punye blog okay :)

Written by The Owner at Friday, November 30, 2012, 12:56 AM ϟ 0 Shout
Blogskin for Background blog
Entry neyy , 
khas untuk sesiapa yang tak rety tukar background blog macam  saya , 
hehe 
  • tekan link => blogskins .
  • kemudian pilih background yang anda suka contoh macam saya punya background created by Anis Farhana .
  • kemudian tekan download . tak tahu cara download ? => click sini .
  • Convert template design ke Blogskin . => click sini .
  • kalau nak tambah Glitter Graphic => click sini .
p/s: untuk maklumat lanjut atau info sila bgthu kyra yee :D

Written by The Owner at Thursday, November 29, 2012, 10:38 AM ϟ 0 Shout

Older Post


My name is Sajidah Syakirah just call me Kyra.Lets read be my friend and follow me push the follow button up there's . Keep in touch :)

♥---------------------------------♥



♥---------------------------------♥


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !



Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Kyra Ara